Powered by Blogger.
::TanganKu Bukan Tangan Biasa² Tapi Tangan Emas ::

Harga Emas Dulu dan Sekarang

Sunday, October 23, 2011

Semasa mengemas-gemas laci almari, isteri saya terjumpa surat pembelian gelang tangan di Habib Jewel bertarikh 9/12/95. Pembelian gelang emas ini sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang ke sepuluh.

Ketika itu harga emas cuma RM35.10 se gram. Untuk emas seberat 39.76 gram ketika itu cuma RM1,485 termasuk kos upah.

Baru dapat upload gambarnya. Gelang hadiah anniversary.

Gelang tersebut masih berada di dalam simpanan isteri saya. Nilainya sekarang lebih kurang RM7,514.64.


Harga emas lebih kurang 10 tahun dahulu. Cuba lihat nilainya sekarang!



Surat pembelian emas (rantai & gelang) bertarikh 23/8/99. Harga emas se gram waktu itu ialah RM35.00 se gram.

Emas seberat 71.61 gram dijual dengan harga RM2,620.00 termasuk kos upah. Nilai emas ini sekarang ialah lebih kurang RM13,534.29.


Saya cuba membuat perbandingan, jika jumlah wang sebanyak RM2,620 itu disimpan di institusi kewangan, katakan lah disimpan di ASB. Dalam masa 12 tahun dengan kadar dividen 8% setahun, jumlah terkumpul wang anda ialah RM6,108.89.

Dan jika wang sebanyak itu juga dibelikan dengan emas, nilainya sekarang ialah lebih kurang RM13,534.

Apa yang boleh disimpulkan ialah emas lebih bernilai dari wang kertas jika disimpan dalam jangka masa yang lama.

Jadi....bertukarlah menyimpan emas dari menyimpan wang kertas!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik 'Home'

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP