Public Gold Perniagaan Tulen - BNM
Wednesday, October 31, 2012
BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyegerakan siasatan ke atas
syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi mempercepatkan
penyelesaian segera kes itu.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah
mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur
dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.
“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.
Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di
dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.
Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Sementara itu, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold
Marketing) memaklumkan bahawa BNM mengambil keputusan menggugurkan nama
syarikat itu daripada Senarai Peringatan Pengguna pada 29 Oktober.
Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.
Sumber BH : Di sini
.
Read more...
Jika Tahun 2009 Anda Beli Emas
Saturday, October 13, 2012
Jika Tahun 2009 Anda Beli Emas 100gm dgn harga RM11,135, berapa nilainya sekarang? Nilai sekarang ialah RM18,374. Kenaikan sebanyak 65% selama 3 tahun.
Jika simpan di ASB dgn nilai RM11,135 anda cuma perolehi RM14,026 untuk tempoh 3 tahun.
Read more...
Emas Dijangka Cecah RM6,100 Seauns
Thursday, September 20, 2012
PETALING JAYA - Rangkaian runcit barangan kemas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Sdn Bhd. (Poh Kong), menganjurkan harga emas di Pasaran global meningkat kepada AS$1,800 (RM5,490) seauns (31.2 gram) menjelang akhir tahun ini.
Antara faktor yang memacu statistik tersebut ialah sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini,emas dijual pada harga AS$1,770 (RM5,398) bagi 31.2 gram.
Pengarah Eksekutif Poh Kong, Ermin Siow berkata, harga akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya tahun hadapan ia akan mencecah AS$2,00 (RM6,100) bagi 31.2 gram.
Menurutnya, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan negara utama yang lain seperti CHina akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas pada masa akan datang.
"Walaupun lebih daripada 60 peratus perdagangan dunia ditransaksikan dalam dolar AS yang tidak menentu nampaknya akan membataskan peningkatannya.
"Suntikan modal ketiga yang dilaksanakan oleh kerajaan juga tidak menunjukkan apa-apa tanda pembaharuan kepada ekonomi negara, jadi, ini mendesak para pelabur untuk membeli banyak emas dan bukan dolar AS," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai Tinjauan Trend Permintaan Emas di sini semalam.
Siow menerangkan, trend meningkat dalam pembelian emas untuk dibuat pelaburan juga telah melonjakkan melonjakkan harga emas baru-baru ini.
Tambah beliau, permintaan global untuk tujuan pelaburan naik 14.4 peratus untuk tahun akhir 30 Jun 2012.
Selain itu, Siow menerangkan, jumlah eksport barangan kemas (emas, perak dan platinum) tahun lepas meningkat8.8 peratus kepada RM5.841 billion daripada RM5.368 billiom pada 2010, dengan Emiriah Arab Bersatu menjadi pasaran eksport terbesar.
China pula merupakan pengeluar emas terbesar di dunia berdasarkan kepada potensi rizab emasnya, juga merupakan pasaran terbesar untuk komoditi berikutan asas populasinya yang terbesar, mengambil tempat India tahun lepas.
Read more...
Emas Melonjak Naik!
Saturday, September 8, 2012
Dah lama tak update status harga emas di blog di sebabkan harga emas untuk tahun 2012 agak mendatar dan tak banyak perubahan.Pada 8 Sep' 2012 harga emas dah mula melonjak naik ke paras US$1,735/oz. Tuan blog dah mula rajin nak memantau harga emas :)
Rekod pembelian emas oleh rakan² yang sempat TE catit sepanjang jual beli emas. Simpan emas memang menguntungkan.

Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)







![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)





